17 February 2011

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1432 Hijriah di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1432 Hijriah di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.
Keberangkatan tiba baginda ke majlis tersebut dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat
Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1432 Hijriah berserta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan.
Berangkat sama di majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah
Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik serta kerabat diraja yang  lain



Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Maharaja Datu Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran
Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad dalam sembah alu-aluannya antara lain berkata tema sambutan tahun ini ialah 'Membina Syaksiah Dengan Ajaran Rasulullah', di mana syaksiah dalam bahasa Arab bermakna peribadi atau personaliti.




Tema ini jelas Yang Berhormat bertujuan untuk membangun, mentarbiyyah dan menyedarkan masyarakat Islam khasnya para belia akan peri mustahaknya sahsiah luhur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam itu sebagai model terunggul untuk merenungi, diteladani dan dihayati sepenuhnya dalam usaha untuk membina negara dan bangsa yang beragama, bermartabat, bermaruah, digalati dan dihormati.


 










"Maka dengan taat dan patuh mengikuti ajaran-ajaran baginda itu, kita semua akan menjadi insan yang berdisiplin, beriltizam dan bertanggungjawab dalam menanai dan melaksanakan segala amanah yang diberikan sehingga dapat mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat," jelas Yang Berhormat.
Tambah Yang Berhormat, pada tahun ini diadakan pertandingan perbarisan dalam majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad, lima sudut akan dihakimkan iaitu penyertaan, perbarisan, pakaian, cogan kata dan salawat.
Jelas Yang Berhormat, tujuan pertandingan bagi membisaikan lagi perbarisan dan perarakan agar sambutan lebih meriah, bersemangat dan bersemarak.
Kebawah DYMM kemudiannya berkenan berangkat bersalaman dengan ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian.


Pada tahun ini sebanyak 139 buah pasukan menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut dengan jumlah keramaian lebih 20 ribu orang.
Para peserta yang mengikuti perarakan ini terdiri dari pasukan-pasukan berpakaian seragam, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan orang ramai.
Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Kementerian Kesihatan dan sebaik sahaja sampai kepada 'Ya Habibi' tembakan mariam sebanyak 21 das dilepaskan.





Perarakan mengelilingi sebahagian Bandar Seri Begawan sejauh 4.3 kilometer ini didahului oleh Kebawah DYMM berserta kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara.
Tema Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam tahun 1432 Hijriah ini ialah 'Membina Sahsiah Dengan Ajaran Rasulullah'.






Sambutan Maulud turut diadakan secara serentak di keempat-empat daerah yang masing-masing berlangsung di Padang Kecil Bandaran, Kuala Belait, di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong dan di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.-Pelita Brunei 




kaporsirih

1 comment:

  1. Apply For Online Loan !!


    We offer loans with 3%,we offer Debt consolidation loans, business loan, Private loan,car loans, hotel loans, student loan, personal loan Home Refinancing Loans,For more details Email: ( trustenquiry05@gmail.com )

    ReplyDelete